Monday, September 14, 2015

Kemahiran Membuat Peta Minda




Hari ini saya akan berkongsi bagaimana untuk membuat peta minda atau mind map. Kemahiran ini amat diperlukan terutamanya bagi pelajar. 


APAKAH PETA MINDA?
  • alat untuk membantu anda berfikir dan belajar.


  • dibangunkan oleh Tony Buzan.
  • kaedah berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjana idea. 


KELEBIHAN PETA MINDA


  • Mengelakkan mata letih dan cepat bosan
  • Memudahkan pemahaman 
  • Mengekalkan ingatan 
  • Meningkatkan minat 


CARA MEMBUAT PETA MINDA 


  1. mulakan dengan imej @ simbol ditengah kertas
  2. gunakan banyak simbol
  3. perkataan di lapisan utama menggunakan huruf besar
  4. perkataan ditulis atas garis
  5. fakta bersambung dengan kelompok masing-masing
  6. garisan-garisan dalam kelompok yang sama bersambung antara satu sama lain. 
  7. gunakan satu kunci di atas satu garisan
  8. warnakan peta minda mengikut warna kegemaran


BENTUK-BENTUK PETA MINDA 

terima kasih kerana membaca entri ini. 

Sunday, September 13, 2015

Kemahiran Mengingat

Kali ini saya akan berkongsi tentang kemahiran mengingat.

Sebagai pelajar kita tidak akan lari daripada menghafal dan membuat nota (klik sini untuk mengetahui kemahiran membuat nota http://preciousaqillah.blogspot.my/2015/09/kemahiran-membuat-nota.html. Untuk itu saya akan mencadangkan beberapa kaedah yang dapat meningkatkan teknik mengingat anda. 

1. Hafal isi yang dibaca

●Ingatkan perkara utama yang perlu anda ketahui dalam pembacaan. 
●contoh sebelum buka buku ingat ,"apakah formula untuk mengira BMI".

2. Isi disusun dengan betul 

●sebutkan isi yang kamu hafal.

●ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang anda hafal

3. Tentukan perkara yang perlu diingat

●pastikan turutan isi betul
●contoh untuk hafal nama bulan. Pastikan hafal dari bulan Januari ke Disember.

4. Uji kemampuan daya ingatan

● di sini, anda perlu memainkan 2 peranan iaitu penyoal dan penjawab. 

●cuba soal apa yang anda ingat. Kemudian, jawab. 

5. Cuba ingat semula apa yang dibaca. 

●proses mengingat semula biasanya berlaku dalam 2 keadaan iaitu sebelum dan selepas tidur.

6. Guna kaedah AKROSTIK 

● guna kepala huruf fakta membentuk ayat. 

7. Gunakan kaedah bunyi seakan. 

● gantikan fakta kepada bentuk cerita. 

8. Gunakan kaedah AKRONIM

● gabungkan huruf pangkal untuk membentuk perkataan yang perlu diingat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri saya yang kelima ini. Semoga entri ini bermanfaat kepada anda. ♡


Kemahiran Perolehan dan Pengurusan

Entri kali ini saya akan berkongsi berkaitan kemahiran perolehan dan pengurusan. Pertama sekali ialah pencarian sumber maklumat. Maklumat terdapat daripada pelbagai jenis dan punca iaitu maklumat dalam sebarang sumber seperti kemahiran perpustakaan dan dalam bentuk cetakan seperti buku rujukan, ensiklopedia dan laporan tahunan.

Kedua ialah pengurusan maklumat. Maksud maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Ia juga merupakan proses mengetahui maklumat yang akan mengembangkan kemampuan berinteraksi. Konsep literasi ialah keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat. Komponen literasi maklumat ialah akses, penilaian dan penggunaan.

Seterusnya, sumber primer dan sekunder. Sumber primer ialah rekod yang masih asli seperti artifak yang dihasilkan oleh orang yang telibat secara langsung dalam sesuatu kegiatan dan aktiviti. Contoh sumber primer ialah diari, laporan, peta dan sebagainya.

Manakala sumber sekunder diterbitkan dalam 2 keadaan iaitu dalam bentuk naskah seperti surat dan catatan informasi seperti laporan. Informasi ini berkisarkan penafsiran, analisis, penjelasan, ulasan dari pengarang terhadap topik tertentu.

Semoga kemahiran ini bermanfaat kepada anda. Sekian, terima kasih. ♡

Pengurusan Pembelajaran

Sebagai seorang pelajar yang ingin cemerlang dalam akademik kita mestilah tahu bagaimana untuk menguruskan tentang pembelajaran kita. Untuk itu, hari ini saya akan berkongsi tips bagaimana ingin menguruskan pembelajaran.



1. Penetapan matlamat diri dan akademik

●guna matlamat SMART iaitu



2. Pengurusan Masa 


● pengurusan masa ialah pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian sesorang dapat dijalankan dengan baik dan tidak terganggu. 

● cara untuk menguruskan masa ialah 

√ buat jadual waktu

√ bezakan tugas yang perlu disegerakan dengan tugas yang penting

√  sediakan senarai semak

3. Mengenali gaya pembelajaran kendiri

● terdapat 4 gaya pembelajaran iaitu visual, audio, baca atau catat nota, kinestik.

4. Perancangan jadual belajar

●kita mestilah ada perancangan untuk Wjadual belajar supaya kita dapat menggunakan masa yang ada dengan baik. Sesungguhnya masa itu emas.

1. Masukkan tempoh masa yang logik

2. Letakkan ruang masa dan usaha yang lebih

3. Masukkan waktu rehat dan riadah

Harap bermanfaat. Sekian, terima kasih. ♡

Kemahiran Membuat Nota



Kemahiran yang saya ingin kongsikan yang seterusnya ialah kemahiran membuat nota. Sebelum itu, kita mestilah tahu mengapa kita perlu membuat nota. Terutama sekali semasa proses pembelajaran dan pembelajaran.


Mengapa Perlu Membuat Nota?

1. Untuk membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah dipelajari atau dibaca

2. Untuk membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi persediaan

3. Untuk membantu pelajar memahami pelajaran

4. Untuk meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik

5. Untuk meningkatkan daya ingatan pelajar


Teknik Membuat Nota

√ sediakan pen, pen warna warni, pensel, kertas dan buku

√ tulis tajuk nota yang hendak dibuat

√ kenal pasti kata kunci. Gunakan formula 4W + H iaitu What(apa), Why(kenapa), When(bila), Where(di mana) dan How(bagaimana)

√ catatkan isi- isi hahaha seperti definisi, keterangan, contoh, penjelasan

√ lukis gambar rajah atau carta yang sesuai

#semasa tulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:

* perkataan atau frasa yang penting

*singkatan. Contoh: dengan=dgn

*lukisan atau lakaran

#boleh guna bentuk nota seperti nota objektif, jadual, carta aliran dan gambar rajah Venn

Di sini juga saya ingin kongsikan ciri- ciri nota yang baik. Antara ciri nota yang baik.

1. Terdiri daripada isi- isi penting

2. Nota terang, kemas dan mudah dibaca

3. Ditulis dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran

4. Catat isi penting sahaja dan gunakan ayat sendiri

5. Tulis dalam bentuk point

6. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian minda dan mata anda.

klik sini untuk mengetahui cara membuat mind map.  http://preciousaqillah.blogspot.my/2015/09/kemahiran-membuat-peta-minda.html

Ini sahaja setakat ini. Semoga bermanfaat. ♡

Kemahiran Membaca

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang kemahiran membaca.

Apa Itu Membaca

Menjadi adalah cara bagi mendapatkan informasi daripada sesuatu yang ditulis. Sebagai pelajar, membaca sudah semestinya menjadi suatu keutamaan bagi mendapatkan maklumat dan memahami sesuatu konsep. Bagi menjadi pembaca yang berkesan, kita mestilah menguasai beberapa teknik membaca yang betul dan sesuai.





Teknik Membaca


1. TEKNIK PEMBACAAN CEPAT


TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)

●Merupakan kemahiran membaca bagi sesorang yang ingin mendapatkan maklumat secara ringkas dan pantas.

●TUJUAN:

★mendapatkan maklumat yang ringkas tetapi menyeluruh.

★pandangan umum mengenai dokumen dengan segera.

●CARA MEMBUAT SKIMMING

I- baca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan

II- membaca dengan pergerakan mata yang dekat

III- fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pendahuluan, tajuk utama

IV- berikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca



2. TEKNIK MEMBACA PERLAHAN

TEKNIK SQ3R

●kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan

●Tujuan:

√ untuk seminar analisis

√ supaya lebih faham

√ dapat menilai bahan bacaan

√ memahami arahan yang diberikan

√ dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan

●Maksud SQ3R

S= SURVEY (MENGKAJI)

*kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan

*baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub tajuk

*baca keterangan, carta dan grafik


*baca rumusan

*melihat bagaimana maklumat disampaikan  

*lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan

Q= QUESTION (MENYOAL)

*menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian

*menukar tajuk dan sub tajuk kepada bentuk soalan

*menyoal "apa yang saya tahu tentang tajuk ini?". Kaitan dengan apa yang dibaca

*bersoal jawan dengan rakan-rakan

*menjawab soalan yang terdapat di akhir bab

3R= READ (MEMBACA)

*baca perlahan pada petikan yang sukar 

*ambil perhatian pada petikan yang baru

*catatkan nota yang bergaris, huruf italic dan kenyataan yang ditebalkan

*dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca

*ulang baca dan tumpukan pada kata kunci

3R= RECITE (MENYEBUT)

*cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula

*gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat

*imbas kembali apa yang dibaca menggunakan teknik penyoalan

3R= REVIEW (MENGULAS)

*ulas semula maklumat yang dibaca

*ulas soalan dan jawapan

*buat ulasan nota

*buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar 

Untuk mendapatkan informasi yang lebih berkaitan dengan kemahiran membaca anda boleh mengakses ke http://wajip.blogspot.my/2012/08/kemahiran-membaca.html

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberikan manfaat. ♡