Sunday, September 13, 2015

Kemahiran Mengingat

Kali ini saya akan berkongsi tentang kemahiran mengingat.

Sebagai pelajar kita tidak akan lari daripada menghafal dan membuat nota (klik sini untuk mengetahui kemahiran membuat nota http://preciousaqillah.blogspot.my/2015/09/kemahiran-membuat-nota.html. Untuk itu saya akan mencadangkan beberapa kaedah yang dapat meningkatkan teknik mengingat anda. 

1. Hafal isi yang dibaca

●Ingatkan perkara utama yang perlu anda ketahui dalam pembacaan. 
●contoh sebelum buka buku ingat ,"apakah formula untuk mengira BMI".

2. Isi disusun dengan betul 

●sebutkan isi yang kamu hafal.

●ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang anda hafal

3. Tentukan perkara yang perlu diingat

●pastikan turutan isi betul
●contoh untuk hafal nama bulan. Pastikan hafal dari bulan Januari ke Disember.

4. Uji kemampuan daya ingatan

● di sini, anda perlu memainkan 2 peranan iaitu penyoal dan penjawab. 

●cuba soal apa yang anda ingat. Kemudian, jawab. 

5. Cuba ingat semula apa yang dibaca. 

●proses mengingat semula biasanya berlaku dalam 2 keadaan iaitu sebelum dan selepas tidur.

6. Guna kaedah AKROSTIK 

● guna kepala huruf fakta membentuk ayat. 

7. Gunakan kaedah bunyi seakan. 

● gantikan fakta kepada bentuk cerita. 

8. Gunakan kaedah AKRONIM

● gabungkan huruf pangkal untuk membentuk perkataan yang perlu diingat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri saya yang kelima ini. Semoga entri ini bermanfaat kepada anda. ♡


No comments:

Post a Comment