Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang kemahiran membaca.
Apa Itu Membaca
Menjadi adalah cara bagi mendapatkan informasi daripada sesuatu yang ditulis. Sebagai pelajar, membaca sudah semestinya menjadi suatu keutamaan bagi mendapatkan maklumat dan memahami sesuatu konsep. Bagi menjadi pembaca yang berkesan, kita mestilah menguasai beberapa teknik membaca yang betul dan sesuai.
Teknik Membaca
1. TEKNIK PEMBACAAN CEPAT
TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)
●Merupakan kemahiran membaca bagi sesorang yang ingin mendapatkan maklumat secara ringkas dan pantas.
●TUJUAN:
★mendapatkan maklumat yang ringkas tetapi menyeluruh.
★pandangan umum mengenai dokumen dengan segera.
●CARA MEMBUAT SKIMMING
I- baca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan
II- membaca dengan pergerakan mata yang dekat
III- fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pendahuluan, tajuk utama
IV- berikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca
2. TEKNIK MEMBACA PERLAHAN
TEKNIK SQ3R
●kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan
●Tujuan:
√ untuk seminar analisis
√ supaya lebih faham
√ dapat menilai bahan bacaan
√ memahami arahan yang diberikan
√ dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan
●Maksud SQ3R
S= SURVEY (MENGKAJI)
*kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan
*baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub tajuk
*baca keterangan, carta dan grafik
*baca rumusan
*melihat bagaimana maklumat disampaikan
*lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan
Q= QUESTION (MENYOAL)
*menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian
*menukar tajuk dan sub tajuk kepada bentuk soalan
*menyoal "apa yang saya tahu tentang tajuk ini?". Kaitan dengan apa yang dibaca
*bersoal jawan dengan rakan-rakan
*menjawab soalan yang terdapat di akhir bab
3R= READ (MEMBACA)
*baca perlahan pada petikan yang sukar
*ambil perhatian pada petikan yang baru
*catatkan nota yang bergaris, huruf italic dan kenyataan yang ditebalkan
*dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
*ulang baca dan tumpukan pada kata kunci
3R= RECITE (MENYEBUT)
*cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula
*gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat
*imbas kembali apa yang dibaca menggunakan teknik penyoalan
3R= REVIEW (MENGULAS)
*ulas semula maklumat yang dibaca
*ulas soalan dan jawapan
*buat ulasan nota
*buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar
Untuk mendapatkan informasi yang lebih berkaitan dengan kemahiran membaca anda boleh mengakses ke http://wajip.blogspot.my/2012/08/kemahiran-membaca.html
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberikan manfaat. ♡
No comments:
Post a Comment