Kemahiran yang saya ingin kongsikan yang seterusnya ialah kemahiran membuat nota. Sebelum itu, kita mestilah tahu mengapa kita perlu membuat nota. Terutama sekali semasa proses pembelajaran dan pembelajaran.
Mengapa Perlu Membuat Nota?
1. Untuk membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah dipelajari atau dibaca
2. Untuk membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi persediaan
3. Untuk membantu pelajar memahami pelajaran
4. Untuk meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik
5. Untuk meningkatkan daya ingatan pelajar
Teknik Membuat Nota
√ sediakan pen, pen warna warni, pensel, kertas dan buku
√ tulis tajuk nota yang hendak dibuat
√ kenal pasti kata kunci. Gunakan formula 4W + H iaitu What(apa), Why(kenapa), When(bila), Where(di mana) dan How(bagaimana)
√ catatkan isi- isi hahaha seperti definisi, keterangan, contoh, penjelasan
√ lukis gambar rajah atau carta yang sesuai
#semasa tulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:
* perkataan atau frasa yang penting
*singkatan. Contoh: dengan=dgn
*lukisan atau lakaran
#boleh guna bentuk nota seperti nota objektif, jadual, carta aliran dan gambar rajah Venn
Di sini juga saya ingin kongsikan ciri- ciri nota yang baik. Antara ciri nota yang baik.
1. Terdiri daripada isi- isi penting
2. Nota terang, kemas dan mudah dibaca
3. Ditulis dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran
4. Catat isi penting sahaja dan gunakan ayat sendiri
5. Tulis dalam bentuk point
6. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian minda dan mata anda.
klik sini untuk mengetahui cara membuat mind map. http://preciousaqillah.blogspot.my/2015/09/kemahiran-membuat-peta-minda.html
Ini sahaja setakat ini. Semoga bermanfaat. ♡
No comments:
Post a Comment